Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu serangan di sebuah gereja Ortodoks di negara majoriti Muslim selatan Russia, Republik Chechnya semalam mengorbankan 7 orang termasuk dua anggota polis, seorang penduduk awam dan empat pemberontak, kata pihak berkuasa.
"Mengikut maklumat awal, dua anggota polis yang mengawal gereja itu dan seorang penduduk awam maut. Empat pemberontak berjaya dibunuh sementara dua anggota polis lain cedera," kata pihak berkuasa.
Mereka memaklumkan sebilah pisau dan sepucuk pistol ditemui pada penyerang yang menyasarkan gereja Archangel Michael di tengah Grozny. Katanya, polis berjaya mengelakkan kesan lebih teruk dan jumlah mangsa lebih ramai.
Sebelum serangan, Presiden Ramzan Kadyrov memaklumkan pemberontak yang bertindak atas arahan 'sebuah negara Barat' mahu menyasarkan penganut agama.
Difahamkan, negara itu menjadi lokasi Russia terbabit dalam dua peperangan menentang pemberontak, sejak 20 tahun lalu. - AFP
19 Mei 2018 - 17:58
News ID: 894144
Satu serangan di sebuah gereja Ortodoks di negara majoriti Muslim selatan Russia, Republik Chechnya semalam mengorbankan 7 orang termasuk dua anggota polis, seorang penduduk awam dan empat pemberontak, kata pihak berkuasa.